IOI Puchong Dilanda Banjir, Netizen Komen - "Kata Negeri Maju…”

Gempak
Disember 17, 2023 00:55 MYT

Umum sedia tahu pusat beli-belah IOI ditenggelami air akibat hujan lebat pada Sabtu.

Susulan itu, unit Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan amaran tahap tiga atau bahaya di kawasan IOI Mall Puchong sekitar jam 6.45 petang semalam.

BERITA TRENDING: Aib! Lelaki Tua Sempat Cabul 2 Kanak-Kanak Perempuan Di Pusat Pemindahan Banjir

Tragedi itu turut dikongsi oleh segelintir netizen di Platform X, di mana rata-ratanya memberi informasi tentang kawasan yang terlibat banjir.

"IOI Mall Puchong banjir lagi...Kesian berapa ratus biji kereta rosak tu?," tulis seorang wargamaya.

IOI Mall Puchong banjir ?‍??‍??? pic.twitter.com/NUXSR2aHFm

— brgsjks (@brgsjks) December 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah warganet bersikap tidak sensitif tentang isu terbabit di mana sebahagian sanggup mengaitkan masalah berkenaan dengan persefahaman politik.

“Kata negeri maju, dalam mall banjir,”
“Aduh ingatkan Kelantan je banjir,”
“Ni mesti Kelantan kan, mustahil negeri paling kaya macam ni.”
Sekadar info, antara lokasi yang terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat ialah Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) berhampiran Bukit Raja, Klang, Seksyen 7, Shah Alam, Lebuhraya Persekutuan, Jalan Puchong, Padang Jawa, Jalan Bukit Kuda, Klang.
Sumber: Platform X/Sinar Harian

#Viral #Banjir #Mall #IOI Puchong