Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

iPhone 12 Dilancarkan 12 Oktober Ini?

Fiza Kamarudin
17/08/2020 16:00 MYT
Setiap tahun Apple melancarkan model terbaru mereka pada bulan September, namun disebabkan penularan wabak Covid-19 syarikat gergasi dari California ini menangguhkan pelancaran iPhone 12.

Menerusi laporan Apple Hub, pandemik Covid-19 mengganggu perancangan asal produksi model tersebut.

Bagaimanapun menerusi laporan tersebut masih belum ada kenyataan rasmi dari Apple mengenai tarikh pelancaran model terbaru itu.

Bagaimanapun penganalisa teknologi yang kerap berkongsi mengenai perkembangan mengenai Apple, Jon Prosser telah memuat naik Tweeet menyatakan iPhone 12 akan dilancarkan pada 12 Oktober 2020.

Kenyataan Jon telah menyebabkan warganet berspekulasi bahawa tarikh 12 Oktober itu merupakan simbolik kepada siri terbaru iPhone.

Selain itu, Jon berkata tempahan akan dibuka pada tarikh yang sama dan pelanggan akan menerima peranti tersebut selepas satu minggu.

Bagaimanapun menurut Jon tempahan bagi iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max sedikit lewat berbanding model 12.

Penganalisa teknologi itu turut menjangkakan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan hadir dengan processor Apple A14 dan RAM 6GB selain peningkatan kualiti kamera.

Menariknya, siri terbaru iPhone itu dikatakan bakal mengeluarkan warna 'navy blue' untuk model tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Apple #Iphone #iPhone 12