Selepas bertahun lamanya berada di kemuncak, telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone akhirnya ditewaskan oleh sebuah peranti baru dalam aspek pemprosesan.

Walaupun belum didedahkan daripada jenama apa, apa yang pasti model berkenaan dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru keluaran Qualcomm iaitu Snapdragon 865 (S865).

Menerusi satu posting oleh laman Android Lover, satu ujian penanda aras telah dilakukan antara cip pemprosesan Apple Bionic A13, S855 dan S865.

Apa yang menarik, cip pemprosesan S865 telah membuatkan A13 yang digunakan oleh iPhone 11 Pro Max jauh ketinggalan.

Menerusi ujian Atuntu 3D dan Geekbench 5, peranti menggunakan S865 mencatatkan markah 21 peratus lebih tinggi berbanding Apple A13.

Anda boleh lihat contoh di bawah.
Pada yang tertanya-tanya apakah model yang bakal menggunakan S865 ini, terdapat dakwaan mengatakan ia bakal disertakan menerusi model Samsung Galaxy S11.

Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu saja pengumuman rasmi dari Samsung ataupun Qualcomm.