HIBURAN

Iqbaal Ramadhan, Baale Dikelilingi Peminat Wanita: “Saya Tidak Kisah Lelaki Atau Perempuan…”

Maliah Surip 18/06/2025 | 12:50 MYT
Iqbaal Ramadhan atau Baale adalah individu yang sama. Nama pentas Iqbaal Ramadhan dipakai sewaktu menjadi pelakon. Nama Baale pula apabila anak muda berusia 25 tahun ini membawa diri sebagai seorang penyanyi.
Dan sewaktu hadir ke Kuala Lumpur hujung minggu lalu, dia hadir untuk membuat peminat muzik menerusi konsert sulung yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur — Baale: Fortuna Live in Kuala Lumpur bersempena dengan album perdana berjudul sama.
Menariknya meski hadir sebagai Baale, dia tetap tidak terlepas berbicara tentang Iqbaal Ramadhan yang diakui telah membuat namanya sangat popular di layar lebar menerusi filem-filem hebat seperti Dilan.
“Saya sedar nama Iqbaal Ramadhan lebih popular di layar kaca terutama menerusi filem Dilan sehingga orang lupa bahawa saya sebenarnya lahir di muzik.
“Saya lahir di muzik sejak sebelum zaman Laskar Pelangi dan band Coboy Junior. Kini setelah mencuba banyak hal saya mahu kembali menyanyi. Satu hal yang membuat saya jujur dan sosok yang tidak pernah dilihat jika saya menjadi pelakon.
“Saya menjadi Baale, jujur dengan karya dan diri saya,” katanya sewaktu ditemui Gempak di Zepp KL.
Malah malam itu, Baale: Fortuna Live in Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Miebird Projects berlangsung sukses. Baale tahu bagaimana caranya mencuri hati peminat yang kebanyakan wanita menerusi persembahan daripada album Fortuna dan interaksi bersama peminat.
Saat ditanya mengenai dirinya yang dilihat cenderung dipuja peminat wanita berbanding lelaki, Baale mengaku bersyukur.
“Sebenarnya sejak saya bermuzik dengan Baale, peminat lelaki juga bertambah. Ada peminat lelaki yang menyapa bila bertemu atau berkomunikasi lewat media sosial. Mungkin masih malu ya.
“Tapi saya memang perlu akui memiliki lebih ramai peminat wanita. Saya tetap bersyukur. Saya sebenarnya tidak kisah dikelilingi peminat perempuan atau lelaki. Saya hanya ingin berkarya,” katanya.
#Penyanyi #peminat #wanita #Iqbal Ramadhan