Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Iqbal Dah 'Fed Up' Dengan Perangai Vida, Dedah Pernah Kena Baling Selipar & Dihalau Dari Rumah?

Amri Hassan
23/09/2021 09:15 MYT
Usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli tampil berkongsi situasi sebenar yang berlaku antara mereka sebelum memutuskan untuk berkahwin baru-baru ini.

Jelas Iqbal, sejak berkerja dalam syarikat Vida, dia kerap menerima layanan yang kurang menyenangkan daripada jutawan kosmetik itu.

Malah, dedah Iqbal dia pernah dibuang kerja daripada syarikat Vida sebelum dipanggil semula bersama tawaran rumah banglo bernilai RM2 juta dan kereta mewah.

"Saya tidak terima kerana saya mempunyai bisnes sendiri. Namun tetap saya katakan, tidak perlu bayar, saya datang bantu.

"Apa yang menyedihkan Vida post video seolah-olah saya merayu kembali berkerja," ujarnya menerusi hantaran di Instagram.



Cemburu?

Malah, Vida pernah memaklumkan kepada kakitangan dan rakannya mengenai sikap Iqbal yang didakwa suka meminta-minta.

Lebih tegang apabila Vida difahamkan pernah melakukan kekerasan terhadap Iqbal kerana cemburu.

"Katanya jika saya punya kereta, akan ramai perempuan suka pada saya dan saya boleh pergi ke mana sahaja. Saya mahu ke dobi menggunakan kereta syarikat, tayar tersebut dibuang angin oleh seseorang.

"Selama bertahun, saya tinggal di sebuah bilik bawah garaj kereta.

"Ada berlaku pertengkaran saya dengan Vida kerana saya mahu membeli kereta, perasaan cemburu beliau terlalu kuat. Beliau membaling selipar pada muka saya," tambahnya.

Kata Iqbal lagi dia tidak pernah diberikan peluang untuk menjelaskan perkara sebenar apabila dia dibuang kerja secara mengejut sebelum ini.

"Mereka mengarahkan saya keluar segera, saya merayu berikan masa untuk kemaskan barang. Jam 12 tengah malam saya keluar tanpa arah, waktu hujan lebat, saya tutup badan dengan kotak yang penuh barang," ceritanya.



Iqbal juga kesal dengan sikap ibu kepada dua cahaya mata itu yang tidak berusaha untuk menerangkan situasi sebenar dan memujuk ahli keluarganya sejak mereka merancang untuk berkahwin pada tahun 2018.

Tak back up!

Kesannya melarat hingga kini apabila dalam video terbaharu yang mana Cik B terus memprotes dan memanggil Iqbal dengan panggilan 'bro' sekiranya bergelar bapa tiri kelak.

Kekecewaan Iqbal menebal apabila Vida seakan-akan tertawa dan menggalakkan Cik B terus memarahinya.

"2018 memang kami mahu kahwin namun tentangan sangat dahsyat. Saya tidak sesekali membangkang Cik B.

"Bagi saya, jika mahu mengahwini seorang lelaki, dalam keadaan anak trauma perlu dijelaskan betul-betul. Jika mereka silap faham saya nak kikis harta, jelaskan kepada mereka saya bukan begitu. Membiarkan anak-anak memberontak.

"Biarkan saya kelihatan seperti lelaki yang menumpang harta dan seolah saya saja terhegeh pada beliau," katanya.



Tambah Iqbal lagi, persetujuan dicapai bersyarat seandainya mereka jadi untuk berkahwin.

"Cik B setuju kami berkahwin namun ada satu syarat, saya perlu belikan Mercedes bernilai RM1 juta lebih.

"Saya kecewa kerana terlalu merumitkan perkahwinan. Jika serius, percepatkan pernikahan bukan cipta drama hingga masyarakat rasa dipermainkan," tegasnya.
#Kahwin #Penyanyi #Viral #Datuk Seri Vida #Halau #DSV #Vida #Kosmetik #Jutawan #Kerja #Selipar #Pujuk #Iqbal Zulkefli
;