Iqbal Kurangkan Jumlah Duit Raya Tahun Ini - "Tahun Lepas RM100,000 Tapi Yang Habis RM60,000 Saja"
Amri Hassan
21/04/2023 02:50 MYT
21/04/2023 02:50 MYT
Usahawan, pempengaruh dan bintang Big Stage 2021, Iqbal Zulkifle memperuntukkan nilai duit raya yang lebih sedikit berbanding tahun lepas.
BACA: "Setakat Ini Baru Bagi RM30,000" - Iqbal Kota Janji, Mahu Beri Duit Raya Sehingga RM100,000 Kepada Orang Ramai
BACA: Standby RM100,000, Iqbal Dah Terima Beratus-Ratus DM Minta Duit Raya - "Kalau Nak, Jumpa Depan-Depan"
Kata Iqbal, hal itu disebabkan kekecewaan terhadap sikap segelintir warganet yang mempertikaikan jumlah pemberian duit rayanya selain mengelakkan 'pembaziran' nilai yang tidak digunakan.
"Tahun lepas saya memperuntukkan duit raya RM100,000 tapi sejujurnya tak habis beri, hanya RM60,000 saja habis dan selebihnya saya buat program di sekolah yang saya tak pernah hebohkan sebelum ini.
"Tahun ini kemungkinan tak banyak sangat saya bagi. Cuma kalau kebetulan ada yang terjumpa saya, saya akan beri duit raya.
"Saya agak kecewa tahun lepas, bila saya berikan RM50 ada yang kata jumlah itu sedikit sangat dan sebagainya. Tapi kalau nak tahu orang yang saya kenal rapat saya akan bagi nilai ratus-ratus, cuma untuk orang luar selalunya RM50. Logiklah kan?" katanya kepada Gempak.
Tambah Iqbal dia bagaimanapun meletakkan had perbelanjaan tidak melebihi RM100,000 setiap kali tibanya Syawal.
"Selalunya duit raya saja saya akan berhabis banyak. Tahun ini kurang sikit daripada tahun lepas.
"Minimum peruntukan saya ialah RM100,000 habis setiap tahun tapi tak tahulah lagi macam mana tahun ini," ujarnya sambil sempat berseloroh menunjukkan sampin berharga RM30,000 dan seutas jam tangan mewah RM120,000.