VIRAL
Iqbal Zulkefli Nafi Berhutang Dengan Doktor Gigi - "Sekali Saja Sponsor Tiga Tahun Lepas, Selebihnya Saya ..."
Usahawan dan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan seorang doktor gigi, Dr Safwan, yang menuduhnya berhutang kos rawatan gigi.
Tuduhan itu timbul selepas Dr Safwan meninggalkan komen di media sosial berbunyi, “hutang gigi dgn aku pon x bayar x yah nak sembang kemas la iqbal.”
Menurut Iqbal, bantuan daripada Dr Safwan hanya berlaku sekali sahaja, iaitu tiga tahun lalu untuk prosedur mencabut dan mencuci gigi. Selebihnya, Iqbal membayar penuh kos rawatan susulan.
"Dr Safwan pernah sponsor saya cabut gigi & cuci gigi, sekali sahaja pada 3 tahun lepas. Selebihnya saya bayar penuh.
"Itu pun dalam tempoh tiga tahun, hanya 5-6 kali sahaja buat rawatan. Maksudnya, setahun sekali dua. Saya tidak terikat apa-apa,” jelasnya.
Difahamkan ketegangan antara mereka tercetus apabila Iqbal mendapatkan rawatan tampalan gigi di klinik lain.
Klinik tersebut memuat naik gambarnya di Instagram Story, sebelum Dr Safwan menghantar mesej melarangnya datang lagi ke kliniknya.
"Dr marah saya sebab saya pergi tampal gigi ke klinik lain. Klinik tersebut masukkan muka saya di story IG. Tiba-tiba Dr mesej saya ‘jangan datang lagi ke klinik saya’. ‘Saya sangat pantang orang saya sponsor pergi ke klinik lain’,” katanya.
Jelas Iqbal, keputusan itu dibuat kerana klinik Dr Safwan terletak jauh dan dia memerlukan rawatan segera akibat sakit gigi.
Malah, menurutnya terdapat satu prosedur implan gigi yang belum disiapkan kerana kesibukan walaupun sebahagian bayaran telah dibuat.
“Itu pun saya sudah bayar separuh yang sudah dirawat. Ada yang saya sudah bayar deposit beribu tapi belum buat pun. Saya tidak berbangkit dan andai duit saya lenyap pun saya bukan peduli,” ujarnya.
Iqbal menambah, kos rawatan bersama Dr Safwan sendiri pernah mencecah lebih RM20,000 untuk braces moden, bukan sepenuhnya ditaja.
Disebabkan itu, Iqbal memilih untuk meninjau klinik lain yang lebih dekat dan mungkin menawarkan harga yang lebih berpatutan.
"Saya terpaksa buat penjelasan di sini sebab terlalu ramai kecam saya seolah saya berhutang dan sponsor besar. Jujur, biasanya orang bayar saya RM10,000 hingga RM150,000 untuk kerjasama.
"Begitu yang saya terima dari brand jam, klinik, hospital, kereta dan sebagainya. Tetapi dengan Dr niat saya untuk bantu sahaja," tegasnya.