gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Skala Lebih Besar! Misha Omar Umum Bakal Adakan Konsert November Depan - "Anda Takkan Nampak Saya Di Konsert Lain Kerana..."
HIBURAN
‘Voice Note’ Pengubat Rindu Salamiah Hassan Terhadap Suami - “Allah Beri Apa Yang Saya Inginkan Biarpun Hanya Dua Bulan Kami Menjadi Suami Isteri…”
BERITA
Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Kereta Langgar Gajah Melintas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Iqram Dinzly Beri ‘Surat Hitam’ Pada Pempengaruh Hina Jurusan Komunikasi & Seni - “Anda Telah Buka Minda Masyarakat Betapa Bod**nya...”

gempak
Mya Amri
14/05/2025
06:56 MYT
Sponsor Banner
Iqram Dinzly Beri ‘Surat Hitam’ Pada Pempengaruh Hina Jurusan Komunikasi & Seni - “Anda Telah Buka Minda Masyarakat Betapa Bod**nya...”
Pelakon, Iqram Dinzly memberikan ‘surat hitam’ kepada seorang pempengaruh yang memperlekehkan pengajian di universiti dengan melabelkan beberapa jurusan sebagai bodoh dan tiada hala tuju.

Tindakan kurang bijak

Iqram menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata individu itu berjaya mendapat perhatian seperti diharapkan dengan melakukan perkara-perkara yang kurang bijak.
“Surat hitam buat tatapan @dma_islam yang dikasihi Allah S.W.T. Di sini dipersetujui seratus peratus apa yang diperkatakan oleh DMA, di mana pembelajaran seni teater, tari, lakonan, nyanyian ini semua memanglah bodoh, yang teramatlah bodoh belaka.

“Sebab apa? Sebab content creator macam kamulah yang memperbodohkan segalanya disebabkan terasa diri teramatlah pandai seperti keldai dalam berkata-kata.

“Dek kerana kepandaian kamu juga telah memperbodohkan ramai penggiat seni untuk bersuara.
“Ya kamu berjaya dengan hasil kebodohan kamu dalam bersuara telah jadikan agenda batak perhatian kamu beria,” ulasnya.

Tanggapan kurang baik golongan Gen-Z

View this post on Instagram
A post shared by I Q Ð I N Z L Y (@iqdinzlyofficial)
Dalam hantaran yang sama, Iqram juga berkata disebabkan perangai individu tersebut telah membuatkan masyarakat memberikan tanggapan kurang baik terhadap golongan Gen-Z dang menganggap mereka sebagai kurang bijak apabila bersuara.
“Sekiranya kamu rasa proses pembelajaran sesuatu yang berkaitan dengan penggiat seni itu tidak memberikan apa-apa faedah maka kamu disarankan duduk dalam loji taik dan bermesralah dengan tahi tahi dalam itu ya.

“Seni pertahankan diri pun ada seni tarinya. Sekiranya kamu tidak mempelajari basic basic asas maka kamu pun bodoh piang jadinya. “Maka oleh itu syabas pandai seperti keldai untuk anda kerna anda telah membuka minda ramai masyarakat betapa bodohnya segelintir GEN Z macam kamu ini bila bersuara, terserlah kekeldaiannya,” tegasnya.

Terdahulu, perkongsian pempengaruh yang mendakwa pelajar jurusan disebutkan hanya mahu bersosial dan tidak berminat untuk belajar mengundang polemik.
Begitupun, rata-rata meminta orang ramai tidak melatah kerana tujuan sebenar mengeluarkan konten kontroversi adalah untuk ditularkan.
Selain Iqram, pelakon, Aaron Aziz juga turut menyelar tindakan pempengaruh berkenaan.
Topic Berkaitan
#Iqram Dinzly
#Hina
#Jurusan
#Seni
#Komunikasi
#Teguran
#Dma Islam
Must-Watch Video