Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Iqram Dinzly Beri ‘Surat Hitam’ Pada Pempengaruh Hina Jurusan Komunikasi & Seni - “Anda Telah Buka Minda Masyarakat Betapa Bod**nya...”

Mya Amri 14/05/2025 | 06:56 MYT
Pelakon, Iqram Dinzly memberikan ‘surat hitam’ kepada seorang pempengaruh yang memperlekehkan pengajian di universiti dengan melabelkan beberapa jurusan sebagai bodoh dan tiada hala tuju.

Tindakan kurang bijak

Iqram menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata individu itu berjaya mendapat perhatian seperti diharapkan dengan melakukan perkara-perkara yang kurang bijak.
“Surat hitam buat tatapan @dma_islam yang dikasihi Allah S.W.T. Di sini dipersetujui seratus peratus apa yang diperkatakan oleh DMA, di mana pembelajaran seni teater, tari, lakonan, nyanyian ini semua memanglah bodoh, yang teramatlah bodoh belaka.
Dalam hantaran yang sama, Iqram juga berkata disebabkan perangai individu tersebut telah membuatkan masyarakat memberikan tanggapan kurang baik terhadap golongan Gen-Z dang menganggap mereka sebagai kurang bijak apabila bersuara.
“Sekiranya kamu rasa proses pembelajaran sesuatu yang berkaitan dengan penggiat seni itu tidak memberikan apa-apa faedah maka kamu disarankan duduk dalam loji taik dan bermesralah dengan tahi tahi dalam itu ya.

“Seni pertahankan diri pun ada seni tarinya. Sekiranya kamu tidak mempelajari basic basic asas maka kamu pun bodoh piang jadinya.

“Maka oleh itu syabas pandai seperti keldai untuk anda kerna anda telah membuka minda ramai masyarakat betapa bodohnya segelintir GEN Z macam kamu ini bila bersuara, terserlah kekeldaiannya,” tegasnya.
Terdahulu, perkongsian pempengaruh yang mendakwa pelajar jurusan disebutkan hanya mahu bersosial dan tidak berminat untuk belajar mengundang polemik.
Begitupun, rata-rata meminta orang ramai tidak melatah kerana tujuan sebenar mengeluarkan konten kontroversi adalah untuk ditularkan.
Selain Iqram, pelakon, Aaron Aziz juga turut menyelar tindakan pempengaruh berkenaan.
#Iqram Dinzly #Hina #Jurusan #Seni #Komunikasi #Teguran #Dma Islam