Iqram Dinzly Kena Spedo Dengan Penyanyi Kembar AishaHanim?
Kamaruddin Razal
23/07/2020 11:39 MYT
23/07/2020 11:39 MYT
Penyanyi duo yang juga pasangan kembar, AishaHanim menafikan mereka menaja pelakon kehidupan pelakon kontroversi, Iqram Dinzly.
Mula rapat dengan aktor itu semenjak dua tahun lalu, AishaHanim menganggap Iqram sebagai adik sendiri.
"Tak wujud pun istilah taja atau spedo seperti yang disangka. Iqram telah kami anggap sebagai adik sendiri.
"Kami menawarkan Iqram menjadi model jubah jersi keluaran kami. Dia juga rajin mempromosikan produk terbabit.
"Sebelum kami rapat dengan Iqram, kami terlebih dahulu mengenali arwah kakak Iqram. Sebagai kenalan, kami rasa terpanggil untuk memberikan semangat kepada Iqram rentetan kontroversi yang dihadapinya sebelum ini," kata Aisha atau nama sebenarnya Syazara Aisha.
Tambah Hanim atau nama sebenarnya, Hanim Fariza, mereka enggan melihat Iqram terus larut dibuai kontroversi.
"Kami bagi dorongan kepada Iqram. Ibunya juga ada menyuruh kami memberikan nasihat kepadanya. Sebenarnya, kami juga seperti orang lain.
"Pada awalnya, kami turut pelik kenapa Iqram berkelakuan sedemikian di platform media sosial? Tetapi, bila berjumpa dengannya, dia sama seperti orang lain.
"Pastinya Iqram mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membawa perwatakan sebegitu di laman sosial. Apa yang penting, kami mengenali hati budinya," kata Hanim.
Sebelum ini, AishaHanim pernah muncul dengan beberapa buah single dan terbaru, mereka muncul dengan single berjudul Angkara.
Angkara menjadi lagu tema drama bersiri Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat bersama Remy Ishak dan kini mendapat respon positif apabila kini sedang mendaki Carta ERA 40.
Sementara itu, Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iq Dinzly menganggap kehadiran pasangan kembar itu seperti bidadari yang menghiasi kehidupannya.
"AishaHanim saya anggap macam bidadari yang hadir dalam hidup saya. Mereka mempunyai hati yang baik... Bila orang lain pandang saya pelik, mereka pula hadir membantu saya.
"Lebih empat tahun saya tinggal di Ipoh... Saya menjana pendapatan menerusi akaun Bigo dan syukur, masih ada rezeki untuk saya biarpun dah lama tak berlakon.
"Saya masih berminat untuk berlakon sekiranya ditawarkan untuk membawakan watak yang berbeza. Saya juga dalam perancangan untuk membuka saluran YouTube tak lama lagi," katanya.