Laman Utama
Ira Kazar Diulit Bahagia Dengan Syamsul Yusof - “Love You Shuben"
Pelakon Ira Kazar semakin terbuka apabila berkongsi video bersama suaminya yang juga pengarah terkenal Syamsul Yusof dalam satu kemas kini di Instagram semalam.
Menerusi perkongsian itu, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin memuat naik video Syamsul sedang berjalan dari belakang dengan kapsyen indah buat suami tercinta.
“Kami bahagia dengan kehidupan kami sendiri, aku cinta kamu suamiku,” kata Ira.
Apa yang mencuri perhatian selain berkongsi momen bersama suami, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu menggunakan lagu 1 of 1 nyanyian Tyga sebagai muzik latar menandakan hanya Syamsul seorang sahaja sedang bertakhta dalam hatinya.
Sekadar info, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.
Rentetan itu, Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun lalu.
Must-Watch Video