Ira Kazar Tehibur Layan Komen Netizen Ungkit Kisah Lama Peribadi - “Dulu Saya Jahil, Sekarang Pun..”
Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar terhibur apabila menerima komen-komen negatif daripada pengguna media sosial.
Menerusi, satu sesi siarang langsung Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, 29, kelihatan tenang melayan menjawab komen netizen yang mengungkit kisah silamnya yang pernah menjadi bualan hangat di media sosial.
undefined
Tidak hanya berdiam diri, Ira bagaimanapun membidas dengan mengakui kesilapan yang dilakukannya dahulu.
Sama seperti insan biasa, Ira akui dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan.
“Jangan gaduh-gaduh korang. Sibuk saja.
“Ramai orang tahu saya ini dulu macam mana, tak perlu nak bagitahu orang dah.
“Memang dulu saya jahil, sekarang pun masih jahil,” katanya.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Kazar bagaimanapun akui tidak terganggu dengan komen-komen negatif yang diterimanya.
“Terhibur lah saya, saya tak terganggu pun jangan risau.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Namun, rumah tangga yang dijalinkan tidak berpanjangan apabila Syamsul membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos tahun lalu atas sebab tiada persefahaman