Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Ira Kazar Trending, Netizen Tumpang 'Simpati' - "Dahlah First Time Kahwin, Tak Ada Majlis Proper, Nikah Kat Siam"

Amri Hassan 07/01/2023 | 03:30 MYT

Nama anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar terus menjadi bualan utama warganet sejak Jumaat. Tidak hairan juga, nama Ira Kazar antara topik sohor kini (trending) di Twitter!

Selain mendapat kecaman teruk oleh warganet, Ira Kazar juga mendapat 'simpati' daripada pengguna media sosial sejak berita perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah kontroversi Syamsul Yusof tular dari semalam.
"Sedinnya jadi Ira Kazar! Dahlah first time kahwin, tak ada majlis proper, baju nikah pun tangkap muat.
"Nikah pun kat Siam je, family in law pun tak support. Compare dengan wedding Puteri Sarah dulu beza jauh langi dari bumi," ciap seorang pengguna Twitter.
"Good luck Ira Kazar. Jaga suami elok-elok. Trust me, orang macam Ira Kazar ni akan selalu rasa insecure sebab takut suami dia kena caras dengan b*t*na sepesen macam dia.
"Syamsul Yusof went from Diana Danielle, to Puteri Sarah, and now this Ira Kazar who?" demikian beberapa lagi ciapan warganet di Twitter.
Selain Ira Kazar, nama Syamsul Yusof juga merajai takhta topik trending di platform sama sejak semalam.
Dalam pada itu, menurut tinjauan Gempak di platform Instagram pula, akaun rasmi @irakaza telah dinyahaktifkan sehingga artikel ini ditulis.
Punca terhadap tindakan Ira Kaza itu masih belum dapat dipastikan.

#Viral #Trending #Syamsul Yusof #Netizen #Puteri Sarah #Twitter #Ira Kazar
;