HIBURAN
Ira Mohd Amin Botakkan Semula Kepala Anak Selepas Jalani Kemoterapi - “Rambut Gugur Banyak Sangat”
Pengacara, Ira Mohd Amin berkongsi keadaan terkini anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic (ALL).
Botakkan Kepala Sekali Lagi
Menurut Ira, dia memaklumkan Saif telah menjalani rawatan kemoterapi berat semalam dan kini masih di hospital menerima rawatan.
Malah, Ira turut memaklumkan dia dan suami sekali lagi membotakkan kepala Saif kerana banyak rambut yang gugur.
“Still not ready to share to whole story. Rasanya kali ini mama & baba just need to focus on him & his treatments.
“Yesterday he had his chemo berat. Today mama baba botakkan balik his hair sebab hairfall banyak sangat. Dia kata dia dah homesick.
“Siapa yang suka duduk hospital lama lama? we don't mind ulang-alik hospital, as long as Saif dapat balik rumah jumpa his brothers & do his normal activites. Now hoping he can cope with the new treatments,” kongsi Ira.
Yakin Saif Kuat
Tambah Ira, Saif juga meluahkan rasa tidak selesa apabila sering mendapat kata-kata semangat ‘semoga terus kuat’.
“Semoga saif kuat (oh dia dah annoyed bila orang cakap kat dia "be strong Saif", he said ‘kenapa nak cakap camtu? ingat Saif tak strong ke?’ haih anak. Back to melayan his cranky & rollercoaster moods. You fight this Saif, let this be gone forever., mama yakin saif...kuat.
“Mohamad saif zairil bin mohd shazril ezani-selitkan nama anak sulung saya dalam doa anda ya.. semoga doa anda semua diangkat dan dimakbulkan Allah SWT. Aamiin aamiin aamiin,” tutupnya.
Terdahulu, Ira dan suami memohon doa pada semua agar mendoakan kesihatan anak sulungnya itu yang sudah memulakan rawatan kemoterapi.
Must-Watch Video