Irfan Haris Bersyukur Tamat Diploma, Terima Anugerah Pelajar Terbaik; “Hadiah Ini Untuk Mama Abah”

Shahrin Zulkifle
November 7, 2022 02:00 MYT

Penyanyi Irfan Haris meluahkan rasa syukur apabila menerima Anugerah Pelajar Terbaik pada majlis graduasi tamat pengajian diplomanya baru-baru ini.

Menerusi hantaran di IG Stories, Irfan berkongsi momennya di atas pentas sewaktu menerima anugerah tersebut.

“Sangat bersyukur menerima anugerah Top Student Award dalam Jurusan Entertainment Arts,” ringkasnya.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di entri sama, pelantun lagu Pesan itu berkata, kejayaanya itu diibaratkan sebagai sebuah hadiah buat kedua ibu bapanya.

“Anak lelaki awak akhirnya dah graduasi dalam Diploma Entertainment Arts, kejayaan ini adalah hadiah untuk mama abah,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas pula, rata-rata wargamaya turut menyampaikan ucapan tahniah buat adik kepada penyanyi Amira Othman itu.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Amira Othman #Irfan Haris #Konvo #Graduasi