gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"
BERITA
Lelaki Dipenjara 40 Tahun, 24 Sebatan Bunuh Ibu Bapa
BERITA
Mangsa Nahas Bas Gerik Alami Cacat Kekal - Noraini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Irfan Zaini Terkejut Peminat Wanita Jadi Mangsa Keganasan Gara-Gara ... - "Susah Nak Kawal Kerana Mereka Sayang ..."

gempak
Ainun Md Zooki
18/06/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
Irfan Zaini Terkejut Peminat Wanita Jadi Mangsa Keganasan Gara-Gara ... - "Susah Nak Kawal Kerana Mereka Sayang ..."
Pelakon, Irfan Zaini mengakui pernah berdepan dengan peminat yang bertindak di luar kawalan selepas kemunculannya dalam sebuah filem popular.
Jelas Irfan atau nama sebenarnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini kejadian tidak dijangka itu berlaku ketika dia mengadakan lawatan ke Kuching, Sarawak, apabila seorang peminat wanita menjadi mangsa serangan individu tidak dikenali hanya kerana bergambar bersamanya.
“Sejujurnya ada peminat yang melampaui batas, malah susah nak kawal mereka kerana mereka sayang sangat kepada watak saya ini dan ianya tidak boleh dihentikan.

“Ketika saya di Kuching, ada seorang peminat wanita ambil gambar bersama saya. Kemudian dia ke tandas dan dia diikuti oleh seorang individu yang bertindak memukul dan belasah dia sampai berdarah,” katanya kepada Gempak.

Irfan berkata demikian ketika menghadiri Majlis tayangan dan sidang media Astro Originals: Honey Trap yang berlangsung di TGV Cinemas, KLCC pada Selasa.
Tambahnya lagi, dia mengakui terkejut selepas melihat gambar kiriman dari peminat tersebut.
Difahamkan peminat berkenaan juga telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Peminat tersebut ambil gambar dan beritahu saya, malah dia juga tidak mengenali individu berkenaan. Individu itu turut memberi amaran kepadanya dengan mengatakan, 'Malik saya punya.

“Saya pesan kepada peminat tersebut supaya jaga diri dan saya rasa dia pun dah buat laporan polis,” jelasnya.

Irfan turut menyatakan dimana pada ketika itu dia tidak mampu untuk melayan semua peminatnya yang hadir untuk menyokong filemnya itu.
Namun, dia tetap hargai semua peminatnya yang hadir.
“Saya sayang peminat sama rata, tak semestinya kalau dia ambil gambar dengan saya, dia lebih penting.

“Kalau boleh saya memang nak bergambar dengan semua orang tetapi terlalu ramai. Namun apa yang saya boleh berikan adalah filem-flem dan karya saya yang seterusnya,” tegasnya.

Justeru, aktor yang berusia 30 tahun itu menasihati mereka supaya tidak bertindak sedemikian dan sentiasa menjaga keselamatan diri.
“Sejujurnya saya memang risau akan mereka, jangan menyakiti diri sendiri dan jaga batas diri.
“Kalau awak semua sayang saya jangan buat macam itu sebab saya tak suka perkara ini berlaku,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Irfan bersama Nina KSC, Syarul Ezani, Ungku Ismail dan ramai lagi pelakon hebat membintangi siri drama terbaharu itu yang berkisarkan tentang aksi, dendam dan politik.
Untuk info, drama tersebut bakal ditayangkan pada 20 Jun ini.
Topic Berkaitan
#peminat
#Insiden
#Fanatik
#Irfan Zaini
Must-Watch Video