Ironman Langkawi: Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang
Gempak
12/10/2024 14:36 MYT
12/10/2024 14:36 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cedera ringan selepas basikal ditungganginya terjatuh ketika menyertai Ironman Malaysia di di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Syed Saddiq, 31, dilaporkan beraksi dalam disiplin berbasikal sebelum terlanggar dahan pokok tumbang dan terjatuh.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan membabitkan Ahli Parlimen itu.
"Difahamkan, Syed Saddiq masih mengayuh basikal ke pusat pemeriksaan akhir dan terus beraksi untuk acara berikutnya iaitu larian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Ironman Malaysia membabitkan tiga disiplin, iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.
Ironman kembali dengan edisi 70.3 di Langkawi yang membabitkan lebih 1800 peserta serata dunia akan mengambil bahagian demi mencari pemenang terbaru.
Terdahulu Stadium Arena melaporkan Syed Saddiq teruja menyertai Ironman pada edisi kali ini.
Terlanggar pokok tumbang

“Rasa cemas itu ada tetapi latihan sejak tujuh bulan lepas telah mempersiapkan saya untuk perlumbaan ini.
“Dan saya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya menyertai bagi kategori maraton,” katanya.