Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Irwansyah Kini Yatim Piatu, Selepas Ayah, Ibu Pula Meninggal Dunia Kerana COVID 19

Maliah Surip
04/08/2021 11:50 MYT
Belum terubat kesedihan bintang Indonesia, Irwansyah yang telah kehilangan ayah tercinta kerana COVID 19 pada 8 Julai lalu, kini dia kembali berduka.

Ibunya, Herliana Sanusi yang sempat koma dan sedar diri baru baru ini juga angkara virus mematikan ini telah pulang ke Rahmatullah. Allahyarhamah dilaporkan meninggal dunia pada 4 Ogos 2021 (Rabu), hanya beberapa minggu selepas bapa Irwansyah pulang ke Rahmatullah.

"Innalillahi Wainnalillahirojiun, Semoga almarhumah Mama Herliana binti Sanusi husnul khotimah. Dilapangkan kuburnya, diterima amal ibadahnya dan disiapkan surgaNya Allah," demikian isi tulisan di video tersebut.

"Saya masih berjuang dan mama minta anak-anaknya juga berjuang buatnya," ucap Irwan dengan suara sebak seperti yang dilihat menerusi saluran YouTube The Sungkar Family.

Beberapa hari sebelum ini, Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar sempat memberi khabar mengenai kondisi ibunya yang telah sedar dari koma.

Menurut Zaskia, dia susah hati apabila melihat suaminya sedih. Apa lagi selepas bapanya meninggal dunia, ibunya sempat kritikal sehingga memerlukan penderma darah demi berjuang melawan COVID 19.

"Irwan beberapa minit sekali menangis karena memang dari doktor mereka, by data Mama beratlah, secara oksigen, ada ventilator,” kata Zaskia Sungkar seperti dilaporkan Kompas yang melihat siaran di saluran YouTube The Sungkar Family.

Pada satu ketika, Irwansyah sendiri mengaku sudah pasrah untuk melepaskan ibunya dengan menanggalkan segala alat yang dipasang pada tubuhnya saat koma.

"Saya tak sampai hati melihat ibu seperti itu. Saya sudah minta maaf dan berbincang untuk menanggalkan alat yang menyokong dia waktu itu.

"Saya cakap pada Allah, 'jika Mama tidak lagi nyaman, kita pasrah'," kata Irwansyah.

Namun, Zaskia meminta agar alat bantuan pernafasan tidak ditanggalkan sebelum doktor sendiri memutuskan untuk menghentikan memberikan ubat kepada mentuanya.

Dalam keadaan yang sangat kritikal itu, keajaiban pun mula datang selepas Irwansyah melakukan solat tahajud. Ibunya yang dikatakan punya harapan sangat tipis untuk hidup, tiba tiba sedar dari koma.

"Mama tiba tiba sedar dari koma selepas mendengar lantunan ayat suci Al Quran. Mama angkat tangan untuk beri signal kepada jururawat bahawa dia masih hidup dan sedang berjuang," kata Irwansyah penuh syukur.

Al Fatihah buat ibu Irwansyah.

Instagram: @irwansyah_15
#Indonesia #Irwansyah #Ibu #koma #COVID 19 #Al Quran
;