Pelakon popular Indonesia, Irwansyah dituduh melakukan penipuan dalam perniagaan bersama seorang lelaki dikenali sebagai Fakhran Rifqi sekitar tiga tahun lalu.

Menurut Fakhran, Irwan dan rakan-rakannya telah bersubahat menipu sejumlah wang miliknya bernilai 1.7 bilion rupiah (RM470,419).

Fakran memberitahu dia telah dipujuk oleh salah seorang rakan Irwan iaitu dikenali dengan nama Hafiz untuk menjalankan perniagaan makanan di PT Gigieat Indonesia Raya.

Selepas berbincang, Fakhran meletakkan pegangan bernilai dengan nilai terbabit untuk perniagaan Irwan.

Tambah Fakhran, dia tertarik untuk melabur dalam perniagaan Irwan kerana mendakwa mereka menggunakan undang-undang Islam disebut syirkah.

Namun, selepas melabur, Irwan membahagikan wang keuntungan itu bersama rakan-rakannya.

"Awalnya dia (Irwan) mengatakan akan membuka 100 buah outlet. Ternyata beberapa bulan kemudian mereka berbagi keuntungan," katanya yang diwakili peguam Diarson Lubis.

Laporan polis telah dibuat oleh Farkhan pada Januari lalu.

Pelakon filem Heart itu pernah menggelapkan wang benilai hampir 2 bilion rupiah (RM553,434) milik usahawan dan influencer Medina Zein.

Sumber: Tribunnews