"Is That Baby Bump ..." - Betul Ke Fazura Mengandung?

Zulaikha Yusof
Disember 26, 2018 07:59 MYT
Sepotong video yang dikongsi pelakon popular Fattah Amin ketika bercuti bersama isterinya, aktres jelita Fazura mendapat perhatian ramai.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menerusi video itu, Fattah merakam keletah Fazura yang sedang bersantai di tepi laut sambil diiringi lagu 'Can't Take My Eyes Off You'.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fattah cuba meneka yang Fazura telah hamil apabila kelihatan 'baby bump' di dalam video tersebut.
Di samping itu, segelintir netizen turut mendoakan semoga pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata serta rumah tangga mereka kekal bahagia.
Walau bagaimanapun sehingga kini Fattah dan Fazura belum memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.
Difahamkan Fattah dan Fazura kini sedang bercuti bersama di Maldives.
#Fattah Amin #Fazura #Fazura