Pelakon Isa Khan mendedahkan telah menerima empat kali kejutan dari tunangnya, Risteena Munim sempena sambutan hari lahir yang ke-27.

Bermula dari 15 Julai hingga 18 Julai lalu, Isa kagum dengan kegigihan Risteena merancang untuk meraikan hari istimewa itu.

"Risteena buat kejutan untuk hari lahir saya sebanyak empat kali. Kalah hadiah kereta Audi yang saya belikan dekat dia.

"Kejutan pertama dia bawa saya pergi Banjaran Spring Hotspring. Itu sehari sebelum dia bawa saya dan keluarga menaiki kapal layar di Royal Selangor.

"Yang ketiga dia bawa saya pergi makan malam di Bayan Tree Hotel. Keesokkan harinya, dia ajak saya pergi The Curve untuk tengok wayang.

"Bila saya masuk, dekat skrin pawagam tu tayang video-video kami yang telah digabung. Penonton yang ada dalam tu rupanya ahli keluarga kami. Risteena sewa satu panggung wayang.

"Saya dah tertanya-tanya Risteena tak rasa penat ke? Saya pun dah penat sebab empat hari berturut-turut," katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, adik kepada aktor Miller Khan berkata sejak pemergian ayahnya dia menggantikan sambutan itu dengan majlis tahlil.

"Sejak tahun 2006 saya tak pernah sambut. Arwah ayah meninggal dunia masa hari lahir saya.

"Saya pernah cakap pasal ini dekat Risteena. Tapi tahun ini dia nak juga sambut, saya tak sangka pulak sehebat macam ni.

"Sebelum ini saya akan buat majlis tahlil pada haritu. Tahun ini pun saya tetap melakukan rutin yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Risteena diraikan sempena ulangtahun perkenalan mereka menerusi hadiah sebuah kereta mewah jenis Audi A5.

BACA: "Kumpul Duit 6 Bulan Nak Hadiahkan Risteena Kereta Audi" - Isa Khan Guna Wang Daripada....

BACA: "Tak Terlintas Pun Dapat Kereta ..." - Risteena Gembira Isa Hadiahkan Audi Berharga RM339,000


Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.


Kredit Foto: CST Production