"Isabella Depp Dah Rendah Sangat-Sangat Dah Ni. Silap-Silap..." - Tapi Nourul Depp Masih Lagi Bersenam

Badrul Hashim
April 22, 2019 16:00 MYT
Kalau mahu dikirakan, bila-bila masa sahaja Nourul Wahab Depp bakal bersalin cahaya mata keempatnya, anak yang ketiga bersama suami Eric Daniel Depp.
Namun buat selebriti dan usahawan ini yang sentiasa menjaga kesihatan diri, dia masih lagi bersenam dan menitik beratkan kepada penjagaan diri.
Pada satu entri bergambar di Instagramnya, Nourul mengambil gambar selfie dirinya yang baru habis membuat senaman.
"Habis 20 min jalan atas treadmill. Kena buat lagi esok. Kami break sat hari tu sebab dok travel lah apa lah. Tapi itu alasan kami. Patutnya alasan tu tak wujud. Laki kami marah!" tulis Nourul.
Menurut Nourul, kalau ingin sihat dan berjaya jangan ada sebarang alasan kerana alasan membuatkan semua perkara tak menjadi. Tambah beliau, 20 minit sudah mencukupi untuk memudahkan dia melahirkan anak nanti.
"#isabelladepp dah rendah sangat2 dah ni. Silap2 malam ni ka atau esok ka? Entahlah. Dia pilih and Allah yang putuskan. Bukan kita yang pilih.
"Jalan ja. Jangan berlari. Sapa yang pregnant kalau nak bersenam, tanya gynae dulu na," tulis Nourul yang sempat memberikan pesanan kepada wanita-wanita mengandung di luar sana.
Kredit Gambar: Instagram
#Nourul Wahab Depp