Penyanyi Nourul Depp telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella Depp pada pukul 11.12 malam tadi.

Bayi perempuan seberat 3.02 kilogram itu maklum Nourul dilahirkan secara pembedahan.

"Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang baik hati yang sentiasa mendoakan kami.

"Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11.12 malam tadi melalui pembedahan. .

"Berat 3.02 kilogram saja. Mak dia yang berat," tulisnya menerusi entri di Instagram pagi tadi.

Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang baik hati yang sentiasa mendoakan kami. ❤️ . Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11:12 malam tadi melalui pembedahan. . Berat 3.02kg saja. Mak dia yang berat. . Just to share the news with all who always supporting me and always pray for me and my family. May Allah bless all of you ❤️ . Thank you for the love and joy that you have shown me. . La ni kami nak rest. Nak tidoq. Dok belek isabella sampai pukui 2:30am. Alhamdulillah diatas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami sekeluarga. . Semoga kalian di rahmati. InsyaAllah tiba masa kami share gambaq #isabelladepp na. . Have a great day❤️ . #announcement #isabelladepp #1dayold #deppfamily #thedepps #littledepp

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak keempatnya itu, Nourul turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.

"Just to share the news with all who always supporting me and always pray for me and my family. May Allah bless all of you.

"Thank you for the love and joy that you have shown me.

"La ni kami nak rest. Nak tidoq. Dok belek Isabella sampai pukui 2.30am.

"Alhamdulillah diatas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami sekeluarga," tambahnya.

Nourul juga bakal berkongsi foto Isabella apabila tiba masa yang bersesuaian kelak.

Penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.

Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.