Laman Utama
Isha Norsham Mahu Tarik Lebih Ramai Generasi Muda Dengar Radio
Bintang Gempak TV yang kini bergelar penyampai radio Era FM, Isha Norsham mahu menarik lebih ramai golongan muda untuk mendengarkan radio.
Menurut Isha atau nama sebenarnya Nurul Farisha Norsham, 24, dia tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang penyampai radio apabila ditawarkan menyertai sesi ujibakat oleh pihak Era.
“Saya pun masih baru dalam bidang ini tapi kalau boleh saya nak mengajak lebih ramai golongan muda untuk mendengarkan radio terutamanya Era,” ujar Isha ketika dihubungi Gempak.
Memilih Abby Fana dan Raden sebagai rujukan dan inspirasi dalam bidang radio, Isha mengendalikan segmen GEMPAK Hit Era pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 1 hingga 4 petang.
“Hari pertama saya on-air agak gementar tapi mujur keluarga Era banyak membantu saya. Hari kedua dan ketiga saya ada banyak peningkatan dan terima kasih pada penyampai radio yang lain atas tunjuk ajar.
“Alhamdulillah, tak sangka rezeki saya dapat menyertai keluarga Era dan saya berterima kasih atas peluang yang diberikan.
“Walaupun saya sendiri rasa suara saya tidak sesuai tapi saya yakin ini satu cabaran untuk saya hiburkan pendengar Era dan kongsi maklumat bersama mereka,” ujarnya lagi.
Anda boleh dengarkan Gempak Hit ERA bersama Isha setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 petang hingga 4 petang di udara atau strim di aplikasi SYOK.
Must-Watch Video