Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

IShowSpeed Beri Kejutan Untuk Peminat Malaysia, Buat 'Live' Dengan TMJ

Firdaus
23/09/2024 06:55 MYT
Streamer terkenal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kembali membuat kejutan kepada peminatnya di Malaysia apabila berpatah balik ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Speed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. sepatutnya dijadualkan membuat siaran langsung di Universal Studio, Singapura.

Ambil Keputusan Jumpa TMJ

Bagaimanapun, siaran langsungnya bukan sahaja terhenti malah terpaksa dipadam dek kerana undang-undang Singapura yang menitikberatkan tentang rakaman berunsur hiburan.

Justeru itu, Speed mengambil keputusan untuk memenuhi jemputan Tunku Mahkota Ismail dengan menemuinya di Stadium Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, IShowSpeed terpaksa menolak jemputan Baginda kerana telah membeli tiket penerbangan ke Indonesia bagi melengkapkan siri jelajahnya di Asia Tenggara.

"Kita akan berjumpa dengan putera (Tunku Mahkota Ismail) dengan singkat...

“Saya terbaca komen menyatakan saya sudah dekat dengan Malaysia jadi ayuh kita mulakan.

“Dua siaran langsung dalam satu hari. Kita akan berjumpa dengan putera (Tunku Mahkota Ismail) dengan singkat,” katanya.

Sementara itu, menerusi akaun rasmi Tunku Mahkota Ismail, Baginda turut memuat naik empat keping gambar memaparkan pertemuan singkat bersama YouTuber tersebut.

Beberapa video tular menunjukkan Tunku Mahkota Ismail juga sempat menjemput IShowSpeed ke kediamannya di Singapura di mana putera dan puteri Baginda turut berada di sana.

BERITA TRENDING: Permintaan Drift Ditolak IshowSpeed, Sharina Richie Tak Kecil Hati - "Niat Saya Nak Tunjuk Kehebatan Wanita Dalam Bidang Automotif"

​BERITA TRENDING: Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

​BERITA TRENDING: Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

​BERITA TRENDING: IShowSpeed Tiba Di KL, Terima Baju Batik, Gundam Daripada peminat

Sebelum ini IShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. dilaporkan berkunjung ke Malaysia sebagai destinasi pilihan siri jelajahnya melawati negara di Asia Tenggara.

YouTuber dengan 50 juta pengikut itu sebelum ini telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja dan Thailand, seterusnya ke negara ini serta mengakhirinya jelajahnya ke Singapura

#Viral #TMJ #Johor #Speed #Streamer #IShowSpeed