Anggota kumpulan UNIC, Fakhrul kesal akan tindakan sekumpulan peserta yang menyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa di Ibu Negara pada Sabtu lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fakhrul berharap agar masyarakat terutamanya kaum wanita dapat menjaga maruah mereka dan risau tentang azab yang bakal diterima.

"Islam sangat protect hak-hak dan meninggikan maruah wanita, sebaliknya kita sendiri yang merendahkannya.

"Ampunkan kami ya Allah, jauhkan kami dari azabMu.

Islam sgt protect hak2 dan meninggikan maruah wanita , sebaliknya kita sendiri yg merendahkannya..ampunkan kami ya Allah,jauhkan kami dari azabMu. . . post ni mgkin akan dipadam x lama lg sbb direport. Repost / share at least kwn2 kta saudara kta sedar betapa tenatnya umat kini. . Video by KiniTv

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on


"Post ni mungkin akan dipadam tak lama lagi sebab direport. Repost & share at least kawan-kawan kita, saudara kita sedar betapa tenatnya umat kini," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju apa yang dikatakan oleh Fakhrul dan mendoakan agar masyarakat lebih peka terhadap sesuatu yang halal dan haram.