"Islam Sangat Protect Hak & Meninggikan Maruah Wanita, Sebaliknya ....." - Ini Komen Fakhrul UNIC Tentang Perarakan LGBT

Rozaimi Zubaidi
Mac 11, 2019 05:16 MYT
Anggota kumpulan UNIC, Fakhrul kesal akan tindakan sekumpulan peserta yang menyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa di Ibu Negara pada Sabtu lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fakhrul berharap agar masyarakat terutamanya kaum wanita dapat menjaga maruah mereka dan risau tentang azab yang bakal diterima.
"Islam sangat protect hak-hak dan meninggikan maruah wanita, sebaliknya kita sendiri yang merendahkannya.
"Ampunkan kami ya Allah, jauhkan kami dari azabMu.
"Post ni mungkin akan dipadam tak lama lagi sebab direport. Repost & share at least kawan-kawan kita, saudara kita sedar betapa tenatnya umat kini," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju apa yang dikatakan oleh Fakhrul dan mendoakan agar masyarakat lebih peka terhadap sesuatu yang halal dan haram.
#Penyanyi #Penyanyi #Fakhrul