Viral

Ismail Izzani Dikecam Pakai Rantai Berbentuk Salib? - "Salib Or Not Memang Salah, Lelaki Mana Boleh Pakai Rantai"

gempak
Amri Hassan
20/02/2020
03:30 MYT
Sponsor Banner
Ismail Izzani Dikecam Pakai Rantai Berbentuk Salib? - "Salib Or Not Memang Salah, Lelaki Mana Boleh Pakai Rantai"
Penyanyi muda Ismail Izzani mencuri perhatian netizen apabila didakwa memakai seutas rantai leher berbentuk seakan-akan tanda salib.
Menerusi perkongsian foto bersama rakan-rakannya di Instagram, penyanyi lagu Bidadari itu dihujani pelbagai pertanyaan mengenai bentuk sebenar rantai leher itu.
View this post on Instagram
A post shared by T W E N T Y (@ismailizzani_) on
"Rantai salib?" soal salah seorang pengguna.
"Salib or not dah memang salah sebab lelaki mana boleh pakai rantai," ujar pengguna lain.
"Tak payah pakai rantai bro, bukan imej Islam lagi-lagi orang Melayu," sahut pengguna lain pula.
"Fikir style ke pakai macam tu?" soal pengguna lain.
Namun, Ismail ada membalas salah satu pertanyaan netizen yang khuatir akan bentuk rantai leher itu sekali gus menafikan aksesori itu berbentuk salib.
"Bukan, kalau salib takkan dia tunjuk kat publik," tulis peminat setianya.
"Itu rantai bentuk uzi gun," jelas salah seorang pengguna lain.
Namun, netizen sesama sendiri masih berbalah berdasarkan pemahaman masing-masing dan masih menganggap pemakaian aksesori itu menjejaskan dengan imej penyanyi terbabit.
Menurut tinjauan di laman sesawang rasmi jenama antarabangsa itu, rantai leher Uzi 14K Gold Chain itu benar-benar wujud dan dijual sekitar harga AS$363 (RM1,518).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live