Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ismanira, Zaim Tak Putus Peluk Cium Adik Zayn Rayyan – “Dear Allah, The Only Thing I Ask Of You Is To Hold Him When I’m Not Around”

Gempak
11/08/2024 07:28 MYT
Ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Zaim Ikhwan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, membuat perkongsian di media sosialnya, baru-baru ini.

Peluk Cium Adik Zayn Rayyan

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ismanira berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan dia bertemu dengan anak bongsunya yang juga adik kepada Zayn Rayyan.

Video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan Ismanira dan keluarga hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam.
Ismanira yang juga ditemani suami, Zaim Ikhwan Zahari, 29, turut mencium serta memeluk kanak-kanak berkenaan.

“Dear Allah, the only thing I ask of you is to hold him when I’m not around, when I’m much too far away,” tulis Ismanira.

Bermula Jumaat lalu, Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki Zayn Rayyan kepada nenek saudaranya.

Majistret, Muhammad Syafiq Sulaiman memutuskan demikian selepas proses perundingan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan peguam keluarga, Nurul Ikrimah Mohd Raya yang berlanjutan selama satu jam.

Nurul Ikrimah berkata, hak jagaan diberi selama dua bulan sehingga 4 Oktober depan.

Bagaimanapun, beliau berkata, bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim, dan ibu, Ismanira boleh bertemu anak mereka dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi, antaranya boleh meluangkan masa, tidak lebih lapan jam, sekali dalam masa seminggu.

Beliau berkata, Zaim dan Ismanira juga perlu membawa kanak-kanak itu bagi proses terapi khas, sekali setiap bulan.

Pada 14 Jun lalu, adik kepada Zayn Rayyan ditempatkan di institusi kebajikan selama dua bulan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperoleh perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak berusia lima tahun itu di Mahkamah Majistret di sini.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023 sebelum ditemukan mati, pada keesokan harinya.

Pada 13 Jun lalu, ibu bapanya, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah, masing-masing satu pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini pada jam 12 tengah hari 5 Disember 2023 hingga jam 9.55 malam keesokkannya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeForZaynRayyan: Hak Jagaan Adik Zayn Rayyan Diserah Kepada Nenek Saudara

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat


Sumber: Sinar Harian

#Mahkamah #Nenek #Zayn Rayyan #Hak Jagaan Sementara #Ismanira #Zaim