Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

‘Isnin Cuti’ Trending Di Twitter, Netizen Happy Anwar Tunai Janji - “Not Malaysian La Kalau Tak Suka Holidays”

Izwan Isa
24/11/2022 15:28 MYT
Nampaknya, hampir seluruh rakyat Malaysia menyambut baik pengisytiharaan hari Isnin depan sebagai hari cuti umum.

Meninjau platform Twitter, frasa ‘Isnin Cuti’ dilihat memasuki senarai sohor kini (trending) dengan lebih 24,000 kali ciapan oleh pengguna-pengguna platform berkenaan di Malaysia ketika artikel ini ditulis.



Antara ciapan yang ditinggalkan oleh pengguna Twitter termasuklah:

“Adil untuk semua negeri, since ada negeri yang cuti hari Jumaat.”

“Steady! Ini baru PH (public holiday) yang sebenar.”

“Berita yang bagus untuk didengar selepas hampir seminggu setiap rakyat bekerja tanpa mengira penat tanpa rehat… walaupun hanya sehari (cuti), kami sangat hargainya. Terima kasih semua. Terima kasih kerajaan. Terima kasih Tuhan.”

Dalam pada itu, ada yang bertanya, bukankah Malaysia sudah mempunyai banyak cuti umum sebelum ini. Namun, ciapan tersebut dijawab oleh seorang netizen: “Not Malaysian la kalau tak suka holidays,” katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin depan sebagai cuti umum pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, di Sungai Long Golf and Country Club, Selangor sebentar tadi.

"Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali... dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti... dan dianjak kepada Isnin depan" katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#PRU15 #Anwar Ibrahim #Isnin Cuti
;