Hip hop tidak lagi menjadi muzik bermusim apabila kebanyakan penyanyi baharu yang muncul mempertaruhkan genre lagu ini dengan menampikan penyanyi rapper muda yang berbakat.
Baik secara solo mahu pun berkumpulan, apa yang menarik perhatian adalah idea dan kreativiti dibawakan dalam lagu itu segar serta memberi inspirasi ramai orang.
Apa yang pasti, kemunculan mereka ini memberi petanda baharu yang mana generasi muzik hari ini sentiasa mahu memberikan kelainan dalam setiap karya dihasilkan sekaligus meletakkan mereka di liga tersendiri.
Begitu juga dengan kumpulan hip hop asal Sabah ini yang menggelarkan diri mereka sebagai ISOBAHTOS. Misi mereka bukan saja memperkenalkan bakat dimiliki sebagai rapper dan penulis lagu, tapi apa yang mahu ditonjolkan adalah muzik dan karya dihasilkan itu.
Dianggotai oleh 10 anak muda, ISOBAHTOS juga dikenali sebagai IsoB, visi mereka untuk membawa, memartabatkan dan mewakili unsur seni budaya dan warisan tradisi masyarakat Borneo melalui muzik mereka dalam industri.
Anggota ISOBAHTOS terdiri daripada Mohd Azizan Danial Abdullah (A.D); Diji Panis (D&G); Jay Adner James (ghidd); Ian Josue Jaideh (IAN J.); Oliver Ordine (Ibherrrr); Ramziwazizi (RamziAli); Quenner Mitchell Pauzi (Quenner M.); Roysten Habirin Lapongan (RODB); Jesper Evans Dumali (RYT) dan Carey Didier Chin Zao Yuan (YERAC).
Nama ISOBAHTOS berasal daripada perkataan ‘Aiso’ yang bermaksud ‘Tidak’ dalam bahasa Kadazan Dusun dan ‘Batas’ yang bermaksud ‘Had’. Ini mewakili misi mereka untuk mencipta muzik dengan menggunakan unsur bunyi tradisional asli yang diselitkan dengan instrumen moden.
RGB
Selepas membuat debut mereka pada 30 Ogos 2021 dengan single pertama berjudul Tiada Batas, terbaharu ISOBAHTOS muncul dengan single baharu, ARJIIBII (RGB) yang dilancarkan secara rasmi pada 8 April di saluran YouTube ISOBAHTOS.
Menurut RODB, lagu ARJIIBII (RGB) yang dihasilkan sepenuhnya oleh ISOBAHTOS dan IsoMeds Studio itu membawa dan memberi semangat kepada pendengar untuk tidak berhenti dalam melakukan apa yang diimpikan.
"Pada pendapat kami lagu ini adalah lagu yang memberi semangat kepada pendengar untuk tidak berhenti dalam melakukan apa yang diimpikan. Berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu. Ini terlalu banyak warna dalam kehidupan. Hanya kita yang boleh memilih warna kita sendiri.
"Warna menunjukkan persepsi seseorang terhadap dunia. Merah, hijau, biru adalah warna utama cahaya yang melukis kehidupan seharian kita. Kita boleh melihat berjuta-juta warna melalui mata kita, tetapi setiap daripada kita hidup dalam dunia kita sendiri.
"Dan dunia ini mungkin sangat berbeza antara satu sama lain Setiap daripada kita mewakili warna yang berbeza dan matlamat yang berbeza, tetapi kita terus bergerak walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.
"Dalam setiap usaha untuk menjadi berjaya tidak kira dalam apa jua keadaan, akan sentiasa ada seseorang di sebalik setiap percubaan yang bertindak sebagai pemangkin ke arah mengejar matlamat itu, menjadikan kita lebih terdorong untuk berdiri teguh dengan kejayaan," katanya.
Apa yang pasti, di sebalik penghasilan lagu ARJIIBII (RGB) itu, ia sebenarnya menceritakan kisah keluarga seorang daripada anggota kumpulan ini.
"Lagu ini menceritakan secara ringkas mengenai di sebalik ahli sebuah keluarga ISOBAHTOS (ISoB) iaitu kesusahan melalui segala rintangan kehidupan. Lagu ini menjadi satu motivasi untuk terus bangkit dan menghadapi cabaran. Lagu ini juga tribute kepada arwah mama Bobby," kata D&G.
Demo peram
Berkongsi mengenai proses penulisan lagu, RamziAli berkata, demo lagu ARJIIBII (RGB) sudah dihasilkan sejak 2019 lagi.
"Proses penulisan lagu ini bermula dengan satu demo yang belum siap di mana seorang ahli kumpulan kami, ghidd yang merakamkan demo lagu ini pada 2019. Selepas itu kami semua bersetuju untuk menulis semula lagu itu dan diberikan nafas baharu melalui penulisan baharu dan penambahan ahli yang lain dalam lagu ini.
"Lirik dan melodi yang ditulis adalah hasil daripada kami sendiri melalui banyak perkongsian idea dan juga ilham untuk menyiapkan lagu ini," katanya.
Menurut ghidd, proses rakaman lagu ARJIIBII (RGB) ini cukup mematangkan mereka.
"Bagi proses rakaman lagu, pada kali ini setiap ahli kumpulan bertambah baik dan semakin profesional dari segi vokal dan teknik rakaman. Hasil teguran dan pembelajaran baru yang diberi daripada orang sekeliling membuatkan kami lebih mudah untuk memperbaiki teknik rakaman.
"Masing-masing daripada kami saling membantu antara satu sama lain untuk menghasilkan lagu yang berkualiti dan mampu diterima oleh smua pihak," katanya.
Sejuk & berangin
Bagi IAN J dan Ibherrrr, mereka berpendapat proses rakaman video muzik (MV) lagu ARJIIBII (RGB) berbeza dari single pertama.
"Proses rakaman MV lagu ini sangat berbeza dari apa yang kami buat pada single sebelum ini. Lokasi penggambaran kali ini sejuk dan berangin. Apatah lagi, lagu yang dihasilkan ini sangat berbeza dari lagu sebelum ini yang memerlukan kami untuk melakukan watak dan penceritaan yang lebih mendalam dan lebih tenang.
"Ia mengambil masa tiga hari malam malam di mana semua pasukan produksi berkhemah di sekitar kawasan rakaman. Ia adalah pengalaman yang hebat buat kami semua," katanya.
Cabaran
Bagaimanapun, RYT dan Quenner M mengakui mereka tetap berdepan cabaran ketika menghasilkan lagu dan MV ARJIIBII (RGB) ini.
"Cabaran lagu dan proses untuk menyiapkan lagu ini agak mencabar dan banyak perkara berlaku sepanjang rakaman dijalankan. Kami agak susah untuk menghabiskan rakaman kerana ada beberapa unsur lagu yang kami tidak berpuas hati dari segi kualiti lirik dan juga giliran artis dalam lagu ini.
"Namun, kami berjaya menghasilkan sebuah karya selepas membuat beberapa pertukaran hasil dari kerjasama beberapa pihak terbabit untuk mencapai hasil yang berkualiti hanya dalam beberapa minggu.
"Dari segi cabaran dalam pembikinan MV ini adalah untuk merealisasikan idea yang ada. Ini kerana terlalu banyak yang ingin disampaikan. Kami banyak kali berbincang dan membuat pemilihan idea yang sesuai untuk dimasukkan dalam MV," katanya.
Bagi A.D dan YERAC, dari proses penghasilan lagu dan pembikinan MV memberikan pengalaman yang luar biasa apatah lagi dapat bekerjasama dengan individu yang kreatif.
"Pengalaman yang paling terbaik apabila Video Production Huntwo menjadi sebahagian daripada keluargga ISoB.
"Apa pun, kami berharap pendengar dan penonton dapat menerima lagu ini. Walaupun sepanjang pembikinan MV terdapt banyak rintangan tapi kami harap semua usaha dan kerja keras ini berhasil. Kami hanya mampu doakan yang terbaik. Namun apa pun Tuhan yang menentukan," katanya.
ARJIIBII (RGB) sudah pun tersedia di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muziknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Isobahtos.
Amri Hassan
Mon May 16 2022
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak