Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Israel Dilanda Hujan Lebat, Ribut Petir Luar Biasa

Mya Amri 06/05/2025 | 14:55 MYT
Beberapa kawasan di selatan Israel dilanda banjir pada Ahad susulan hujan lebat dan angin kencang yang mula mengganas pada sebelah petang.
Situasi itu memaksa pihak berkuasa menutup beberapa laluan utama termasuk pintu masuk ke bandar selatan Eilat.

Ribut petir, ketulan hujan batu

Di Dimona, ribut petir turut membawa bersama ketulan hujan batu, menurut laporan tempatan.
Perkhidmatan Meteorologi Israel melaporkan, sehingga jam 4:30 petang, kawasan Kibbutz Samar menerima 34 milimeter hujan manakala Kibbutz Yotvata mencatatkan 17 milimeter.
Menurut akhbar Maariv, jumlah itu biasanya direkodkan dalam tempoh setahun.

Polis menggesa orang ramai agar tidak memasuki kawasan banjir serta mengelakkan daripada menyeberangi jalan raya, sungai atau kolam takungan yang dinaiki air kerana ia boleh mengancam nyawa.

Orang awam turut dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke kawasan terjejas, dan bagi mereka yang merancang aktiviti luar, mereka diminta untuk merujuk sumber rasmi bagi maklumat cuaca terkini.
Sumber: Sinar Harian
#Bencana Alam #Israel #Hujan Batu #Hujan Lebat #Ribut Petir