Israel Semakin Mengganas, Zayn Malik Bersuara: "Hati Saya Hancur & Saya Bersama Rakyat Palestin"
Maliah Surip
14/05/2021 13:40 MYT
14/05/2021 13:40 MYT
Serangan memalukan yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza dikutuk oleh seluruh dunia.
Antara yan prihatin dengan musibah yang melanda penduduk Palestin pada saat Syawal dirayakan adalah Zayn Malik.
Bekas anggota One Direction itu melahirkan soladiritinya terhadap rakyat Palestin dengan berkongsi berita berita tentang serangan yang terjadi dan kesengsaraan penduduk Gaza saat ini.
"Saya bersama rakyat Palestin dan akan menyokong mereka sekaligus mempertahankan hak asasi manusia," tulis Zayn Malik dalam akaun Instagramnya, semalam.
Suami Gigi Hadid itu juga mengatakan hatinya hancur mengenangkan nasib keluarga yang harus kehilangan orang tersayang kerana serangan tidak berperikemanusian tersebut.
"Hati saya hancur mengenangkan keluarga yang kehilangan orang tercinta. Kita tidak boleh berdiam diri menjadi saksi kanak kanak menjadi yatim piatu, dibunuh dan tidak menuntut keadilan sebagai hak asasi manusia!" tegasnya lagi.
Zayn Malik kemudian menyeru kepada lebih 40 juta pengikut Instagramnya dengan mengatakan" "Ini mesti diakhiri. Bebaskan Palestine".
Terdahulu, isterinya yang berasal dari Palestin juga mengutuk tindakan Israel.
Dengan ringkas, dia menulis pesanan yang berbunyi: "Anda tidak akan dapat memadamkan Palestine".
Terdahulu media antarabangsa melaporkan polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis sewaktu umat Islam mahu menyambut malam malam terakhir Ramadan.
Kredit Foto: Pausemag