Laman Utama

“Israk Mikraj 2016 Helikopter Yang Dinaiki Papa Dikesan Sebagai Hilang” - Wan Emir Astar Terkenang Pemergian Arwah Bapa

gempak
Azwa Rahman
11/03/2021
05:37 MYT
Sponsor Banner
“Israk Mikraj 2016 Helikopter Yang Dinaiki Papa Dikesan Sebagai Hilang” - Wan Emir Astar Terkenang Pemergian Arwah Bapa
Suami kepada pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar terkenang memori terakhir bersama bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang telah meninggal dunia pada hari peristiwa Israk Mikraj tahun 2016.
Menerusi laman sosial Instagram, Wan Emir, 31, berkongsi foto-foto kenangan bersama coretan hati pada hari pemergian arwah bapanya untuk tatapan umum.
Difahamkan, arwah Wan Mohammad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar meninggal dunia selepas helikopter yang dinaikinya terputus hubungan, hilang dan terlibat dalam nahas.
“Secara kebetulan, papa meninggalkan dunia ini pada hari peristiwa Israk Mikraj tahun 2016 pada hari Khamis. Tahun 2021, Israk Mikraj juga ditanda pada hari Khamis, 27 Rejab 1442H.
“Israk Mikraj 2016, ibu melaksanakan puasa sunat hari Khamis dan ianya adalah antara puasa yang ‘paling mencabar’ dalam kehidupannya. Pada masa yang sama, helikopter yang dinaiki papa baru sahaja dikesan sebagai hilang dan pada waktu itu jugalah ‘angin dingin’ melalui ibu, membawa ketenangan kepada ibu yang mengetengahkan semula niat ibu bahawa ibadah ini semata-mata kerana Allah Taala.
"Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sewaktu itu.
“Namun bersyukurlah kami dapat berkatakan ‘khabar perpisahan’ kepadanya seminggu sebelum pemergiannya yang tidak diduga meskipun kami sedang bertapak di luar negara.
“Bersyukurlah kami bahawa ulama yang berkata kepada ibu kami yang sedang bersedihan agar tidak meratapi pemergiannya, kerana ibu adalah “isteri kepada seorang syahid” (amin YRA). Kasihanilah dirinya dan ampunilah dirinya ya rab. Kami redha dan bersyukur di atas takdir-Mu,” tulis Wan Emir si ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan takziah untuk Wan Emir sekeluarga di atas pemergian arwah bapanya.
@alifsatar: Semoga saudara sekeluarga bertemu di syurga.”
@ersyafarzana: He was an amazing man. Always so friendly to us and loved being in his presence. I know for sure atuk loved loved talking to him and looked forward to their meets.”
@nurdhianie: Al-fatihah. Semoga syurga tempat arwah papa Emir.
@mehkhamils: May Allah reunite you and your papa in His highest heaven Emir, Al-fatihah.”
Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat hampir 31,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live