BERITA
Isra*l Terima Bala, Lepas Kebakaran Kini Ribut Pasir Melanda
Selepas mengalami kejadian kebakaran hutan yang disifatkan terbesar dekad ini sehingga Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengumumkan darurat, negara tersebut berdepan bencana alam baharu.
Menerusi video-video yang beredar di media sosial, negara haram itu kini diancam ribut pasir yang dahsyat di bahagian selatan sejak beberapa hari lalu.
Malah menerusi rakaman yang disiarkan oleh Saluran 12 Israel, bandar gurun Beersheba perlahan-lahan diliputi oleh awan debu yang menjulang tinggi dan langit juga dilihat bertukar menjadi merah jingga.
Dalam satu lagi video yang tular di media sosial, tentera Israel bergelut untuk menutup pintu pagar pangkalan tentera Shivta ketika angin kencang melanda kawasan itu.
“Inilah keadaan Pangkalan Shivta di Negev malam ini dalam keadaan ribut pasir yang luar biasa kuat,” lapor saluran tersebut, menggambarkan keadaan ekstrem yang melanda wilayah itu seperti dipetik dari Malaysia Gazette.

Terdahulu Netanyahu dengan perasaan tidak malu turut meminta pertolongan dan bantuan negara antarabangsa dalam mendepani bencana yang kebakaran tersebut.
Sehingga kini, bencana kebakaran hutan yang didakwa berlaku kerana perbuatan khianat masih lagi marak di kawasan tengah antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv.
Must-Watch Video