Issey Turunkan Berat Badan 12 Kg Bukan Sebab Nak Nampak Kacak, Tapi... - “Apa Boleh Pantang, Kita Pantanglah”
Izwan Isa
09/01/2024 05:55 MYT
09/01/2024 05:55 MYT
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham menegaskan yang dia mengambil inisiatif menurunkan berat badan dan menjaga pemakanan bukan kerana mahu tampil kacak, tetapi untuk mengelakkan penyakit-penyakit tiga serangkai.
Issey ketika ditemui baru-baru ini berkata, kemungkinan untuk mendapat penyakit itu tinggi, memandangkan ibu dan bapanya juga turut menghidap penyakit kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi.

BERITA TRENDING: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan ..."
“Saya mula jaga makan dan mengamalkan gaya hidup sihat selepas mendapati kolestrol saya tinggu. Bila dapat tahu kolestrol berada di paras yang tidak normal, saya jadi takut sampai menggigil.
“Termenung sekejap sebab mak ayah ada penyakit keturunan seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung. Cuma saya belum sampai ke tahap yang perlu makan ubat. Jadi bila dapat tahu kolestrol tinggi, saya mula motivate diri saya untuk diet dan jaga pemakanan serta tidur,” katanya kepada Gempak.
Menurut Issey, kelihatan kacak selepas turun berat badan hanyalah bonus dan ia bukanlah sebab utama kenapa dia mahu tampil lebih kurus.
“Saya tolak gula dan makan ikut waktu. Selain itu, saya juga jaga waktu tidur. Sungguhpun kerja radio, tetapi saya perlu jaga masa tidur saya sebab diet berkesan kalau tidur cukup.
“Apabila sudah kurus, saya rasa lebih ringan, lebih aktif dan sudah tentu wajah nampak berbeza lebih-lebih sebab saya memang tidak ambil gula. Saya jaga makan nak kurus bukan untuk kelihatan kacak, tapi untuk kesihatan.
“Tapi begitulah, kalau kita dah tak ambil gula, banyak manfaat seperti kulit kita lebih cantik, belly fat tiada. Kalau pun saya tidak lagi serius jaga makan, berat saya tidak naik mendadak,” katanya.

BERITA TRENDING: "Cukup-Cukuplah Kontroversi!" - Sophia Albarakbah Buka Buku Baharu 2024, Fokus Filem Jiwa 8 Belas
Issey menambah, sebagai seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa, dia berkata yang penjagaan kesihatan itu amat penting.
“Apa yang boleh pantang, pantanglah. Kita lelaki, banyak tanggungjawab. Kalau kita sakit dan down, siapa nak bagi makan untuk anak-anak?” tutupnya.
Untuk rekod, berat badan Issey turun daripada 72 kilogram kepada 62 kilogram. Sepanjang menjaga pemakanan, Issey hilang 12 kilogram.