Berita
Isteri Aaron Aziz Tutup 'Kedai', Tak Sedia Nak Bangun Malam Lagi?
Isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik memberi bayangan bahawa dia sudah tidak mahu menambah bilangan cahaya mata lagi pada masa akan datang.
Diyana, 38, meluahkan hal tersebut menerusi entri terbaharunya di Instagram yang mamaparkan dirinya dalam keadaan imej sarat mengandung.
"MashaAllah hanya sebuah lakonan ya abangku sayang @aarondwiaziz #sisdahtutupkedai #sisnotreadybangunmlm #rezekidatangdariAllahswt #diyanahalik," tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian ibu kepada tiga cahaya mata itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
"Bukak kedai balik Datin.
"Sis kata teringin bayi sampai mimpi hari tu.
"Alaaa dah tutup ke? Tetapi awak kelihatan sangat cantik dan comel lah mengandung macam tu," tulis sebahagian netizen.
Bagaimanapun, pada ruangan komen, Diyana turut menjelaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk berbadan dua lagi.
"Ya, buat masa sekarang dah tutup (tak mahu mengandung). Alhamdulillah," respons Diyana kepada pertanyaan pengikutnya.
Dalam pada itu, menurut Diyana, gambar dia mengandung yang dikongsikannya itu merupakan wataknya bagi sebuah drama baru sahaja.
"Pertama kali ni sis berlakon...dengan Aaron Aziz. Sebenarnya sebelum Aaron Aziz berlakon kita dah berlakon, drama Gelora," katanya yang bakal muncul dengan drama berjudul Baba Papa Series bagi siaran di Singapura.
Diyana mendirikan rumah tangga dengan Aaron, 44, pada Ogos 2003.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13, dan Dahlia Arissa, 9.