gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kmy Kmo Mohon Doa, Sebak Anak Diuji Penyakit Sejak Bayi - “Doakan Keputusan Sampel Cecair Tulang Belakang Jabbar Negatif Dari Segala Kuman…”
HIBURAN
Panik! Nadeera Zaini Hampir Hilang 169,000 Pengikut Instagram - “Tergamak Dia Kata Saya…
HIBURAN
Gandingan Menjadi, Peminat Mahu Ezzanie Jasny Bercinta Dengan Niezam Zaidi - “Kami Memang Serasi Masa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Isteri Achey Tetap Teruskan Dengan Proses IVF

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
20/07/2018
10:44 MYT
Sponsor Banner
Isteri Achey Tetap Teruskan Dengan Proses IVF
Meskipun sudah mempunyai anak angkat, isteri kepada pelawak Achey, Nor Hasanah Yahaya tetap akan meneruskan usahanya untuk mempunyai zuriatnya sendiri.
Nor Hasanah berkata dia kini dalam proses untuk menjalani rawatan kesuburan IVF (in vitro fertilization).
“Insya-Allah saya dan suami akan tetap meneruskan segala proses kesuburan termasuk IVF.
“Kami tidak akan berputus asa untuk mendapatkan zuriat kami sendiri,” katanya kepada Astro Gempak. Pasangan ini mengambil Nur Tiara Zinnirah Nasir sebagai anak angkat pada 6 Ramadan lalu.
Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pun begitu, Achey hanya berserah kepada Tuhan dan bersyukur dengan kehadiran Nur Tiara.
“Kami hanya berusaha dan berserah kepada rezeki Tuhan.
“Orang kata, rezeki ambil anak angkat ni lain dan mana tahu doa kami untuk menimang cahaya mata sendiri dimakbulkan.
“Bagaimanapun, kehadiran Nur Tiara sudah cukup membahagiakan kami,” katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Achey bakal muncul dalam Super Spontan Xtravanganza yang bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat bermila 20 Julai, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#Achey Bocey
#Achey
#IVF
#Proses Kesuburan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement