Berita

Isteri Achey 'Tiru' Tokti, Aktif Berbasikal Untuk IVF, - 'Dia Kena Turunkan Berat Badan"

gempak
ZULHILMI JALIL
06/12/2020
23:10 MYT
Sponsor Banner
Isteri Achey 'Tiru' Tokti, Aktif Berbasikal Untuk IVF, - 'Dia Kena Turunkan Berat Badan"
Pelawak Achey memberitahu bahawa isterinya perlu mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dulu sebelum menjalani rawatan kesuburan, persenyawaan in-vitro (IVF).
Justeru, kata Achey, isterinya kini sedang giat bersukan termasuklah aktiviti berbasikal seperti yang dipraktikkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melakukan prosedur IVF.
"Untuk buat IVF ini, orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu.
"Benda yang dia ikut adalah macam Tokti. Tengok macam mana Tokti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit," katanya kepada Gempak.
Achey ditemui sewaktu pelancaran produk makanan ringan DoryLicious di Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menurut Achey lagi, kemungkinan prosedur rawatan tersebut akan dilakukan paling awal pada tahun depan.
Katanya, dia dan isteri akan tetap meneruskan rawatan tersebut biarpun sedia maklum dengan sebarang kemungkinan termasuklah keberangkalian untuk prosedur IVF itu gagal.
"Orang rumah saya pun dah bersedia. Saya tetap akan teruskan (walau tahu ada kemungkinan boleh gagal). Kami sudah hampir 10 tahun tak ada hasil. Jadi, sekurang-kurangnya kita mencuba.
"Kalau gugur sekalipun, sekurang-kurangnya 'benda' itu dah duduk dalam (rahim). Setidak-tidaknya merasa," katanya.
Sebelum ini, Achey pernah mendedahkan hasrat dirinya bersama isteri untuk menjalani rawatan IVF.
BACA: "Orang Rumah Pun Nak Anak Dari Rahim Sendiri" - Achey Nak Buat Rawatan IVF
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.
Pasangan tersebut mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live