Pelakon Adam Corrie mendedahkan isterinya, Fazima Fuad tidak suka makan buah durian tetapi tetap menghormatinya yang gemar dengan raja buah tersebut.

Menurutnya Adam, Fazima akui selera setiap orang berbeza-beza dan mengganggap ia juga rezeki Allah.

“Hasil kutip durian di dusun pak mertua. Alhamdulillah.. nasib baik adik ipar dan biras semua makan durian. Bidadari (isteri) saya dan fateh tak makan durian dan tak makan juga tempoyak.

“Bidadari saya kata , "selera setiap orang tak sama, jadi tak rasa rugi pun kalau tak makan durian.

Raikan dan hormat selera setiap orang. Allah bagi rezeki pada setiap hambaNya berbeza-beza. Makan tak makan ia masih rezeki masing-masing,” katanya.

Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Adam memuat naik fotonya bersama durian.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Adam dan Fazima dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun penantian.

Hasil kutip durian di dusun pak mertua. Alhamdulillah.. nasib baik adik ipar & biras semua makan durian. Bidadari saya dan fateh tak makan durian dan tak makan juga tempoyak.? . bidadari saya kata , " selera setiap orang tak sama.. jadi tak rasa rugi pon kalau tak makan durian. raikan dan hormat selera setiap orang . Allah bagi rezeki pada setiap hambaNya berbeza-beza. Makan tak makan ia masih rezeki masing-masing?." #adamcorrie #musimdurian

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on