Isteri Alami Pendarahan, Tapi Aliff Syukri Sibuk Rakam Situasi Cemas, Netizen: “Menyempat Juga Rakam Ek?”
Izwan Isa
20/10/2022 14:20 MYT
20/10/2022 14:20 MYT
Pengsohor dan usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri melahirkan rasa gusar apabila isterinya, Datin Shahida tiba-tiba menjerit-jerit mengadu sakit.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Aliff berkata, dia berasa terkejut kerana isterinya mengadu sakit dan mengalami pendarahan yang banyak ketika dia sedang bersiaran langsung di Instagram.
“Awak saya sedih… doakan semuanya selamat. Masa ni semua jadi kelam kabut. Sepanjang perjalanan wife saya mengalami pendarahan.
“Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih ok, denyutan jantung pun ok. Cuma isteri saya kena baring je dan rest. Sampailah uri naik semula. Doakan semuanya dipermudahkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff berkata, dia dan isteri sepatutnya menghadiri majlis perasmian telekung dan tudung pada minggu ini.
Namun, disebabkan keadaan isterinya yang lemah, dia terpaksa membatalkan majlis berkenaan dan menganjurkannya secara online.
“Sepatutnya minggu ini saya ada event perasmian koleksi telekung dan tudung. Tapi sebab isteri saya mengalami pendarahan, saya terpaksa lancarkan secara online sahaja. Insya-Allah dah sihat nanti kita rasmikan di butik Nu Central, Kuala Lumpur,” tutupnya.
Dalam pada itu, banyak komen yang diterima oleh Aliff. Begitupun, ada yang memintanya melakukan solat hajat, bukannya berkongsi di media sosial.
“Awak solat hajat wak… Sedih jangan post kat socmed.”
“Tudung yang diingtnya Datuk ni. Adoi. Semoga urusan Datin dipermudahkan.”
“Tengah-tengah duk risau… menyempat juga rakam ek.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!