HIBURAN
Isteri Aliff Syukri Tegas Didik Anak, Baling Telefon Ibraheem Sebab Tak Hirau Dipanggil - “Saya Memang Garang, Tak Pernah Kata Saya Baik”
Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida akui dia merupakan seorang ibu yang garang dan tegas dalam mendidik anak-anaknya.
Baling telefon anak
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Shahida mendedahkan bahawa dia telah membaling telefon bimbit anak ketiganya iaitu Ibraheem sehingga pecah kerana tidak mengendahkan panggilannya meskipun telah dipanggil berkali-kali.
“Ini telefon Baeem tau, korang. Mama dah pecahkan. Sebab apa? Panggil tiga ke empat kali tapi tak berjawab sibuk dengan telefon.
“Tapi bahagian depan ini elok lagi saya rasa, boleh tukar skrin tapi dah lembiklah.
“Saya memang garang, tak pernah kata saya baik haha. Bila jadi macam ini, reaksi Baeem adalah dia menangislah kan,” kongsinya menerusi siaran langsung baru-baru ini.
Masih boleh berfungsi
Bagaimanapun kata Shahida, dia tidak menyangka telefon milik Ibraheem masih boleh berfungsi seperti biasa.
“Tapi saya rasa boleh ‘repair’ lagi ini, tukar saja bahagian yang rosak. Saya pula ‘bongok’ sebab semalam dapat jadual peperiksaan dari cikgu dia.
“Kemudian saya pergi ‘forward’ kepada dia. Bila hantar, dua ‘tick’ pula. Rupanya telefon Baeem hidup lagi,” ujarnya ketawa.
@dherbs_hq Bila mak dah mengamuk habis semua takut #mama #Dherbs #baim ♬ original sound - Dherbs Online
Sebelum ini, Aliff menunaikan janjinya kepada Ibraheem dengan menghadiahkan sebuah telefon bimbit.
Kata Aliff, pemberian tersebut dibuat bersempena dengan umur anaknya yang ketika ini sudah berusia 13 tahun.
Dedah Aliff, dia memilih untuk tidak membenarkan Ibraheem mempunyai telefon bimbit sebelum ini kerana tidak mahu anaknya itu leka dengan gajet.
Must-Watch Video