HIBURAN

Isteri Along Cham Pilih Kunci Mulut Isu ‘Penipuan’ Dalam Perkahwinan - “Rumah Tangga Ada Huru-Haranya Walau…”

Ainun 10/03/2025 | 08:55 MYT
Enggan membuka aib mana-mana pihak, isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi, memilih untuk tidak mengulas mengenai dakwaan wujudnya penipuan sepanjang perkahwinan mereka.
Jelas Afreena, dia menganggap setiap rumah tangga pasti ada turun naiknya selain ia merupakan lumrah kehidupan suami isteri lebih-lebih lagi dengan apa yang telah berlaku dalam perkahwinan mereka.
“Penipuan macam mana? Saya tidak mahu bukan aib. Tentang itu saya tiada komen mahu beri. Rumah tangga ada huru haranya walau dua bulan kahwin sudah dilafazkan talak diluar mahkamah.
“Cuma lafaz taklik bukanlah sesuatu yang aib bagi saya. Lagipula ia melibatkan pihak ketiga dan keempat. Saya tidak akan bercerita tentang itu,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.
Afreena mengulas dakwaan Along Cham yang mendakwa berlakunya penipuan berulang kali sepanjang perkahwinan mereka.
Apabila ditanya sama ada dia pernah merasai kebahagiaan dalam perkahwinan yang singkat itu, Afreena atau lebih mesra disapa Feena, menganggap segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.
“Bahagia sangat subjektif kalau kedua-duanya bersatu hati. Mungkin ini adalah takdir kami, tiada siapa minta ia (cerai) terjadi.
“Apa yang saya belajar daripada perkahwinan ini ialah keikhlasan. Masing-masing boleh buat kesilapan.
“Normal dalam rumah tangga untuk belajar dan cintai diri sendiri. Sayang diri sendiri sebelum orang lain,” jelasnya.
Sebelum ini Along mendakwa sudah memberi banyak peluang kepada Afreena Suhaimi walaupun sudah berkali-kali berlaku penipuan.
Terdahulu, hakim Muhamad Nazri Basrawi memutuskan 8 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan baharu bagi pengesahan lafaz cerai yang dibuat Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad tidak lengkap.
Penangguhan tersebut dibuat selepas dokumen yang dilampirkan Along tidak lengkap.
Along dan Afreena berkahwin pada 4 April 2024 selepas lapan tahun menduda.
#cerai #Along Cham #Afreena Suhaimi