Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isteri Arwah Abam Kabulkan Hasrat Suami Untuk Buat Perniagaan, "Nama Tersebut Sempena Lagu Si Kasih .."

Zulaikha Yusof
07/05/2020 23:45 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, mendedahkan nama perniagaan yang sedang diusahakan iaitu Kasih Chocolate diberi bersempena dengan lagu arwah suaminya, Si Kasih.

Ketika dihubungi Gempak, Hidayah menyatakan pada mulanya hanya untuk mengisi masa lapang namun tidak menyangka biskut ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Sekarang saya sibuk dengan perniagaan kecil-kecilan yang saya beri nama Kasih Chocolate. Saya beri nama tersebut sempena lagu arwah suami saya, Si Kasih.

"Syukur, biskut Kasih Chocolate yang saya buat dapat sambutan yang amat luar biasa dari semua sampai stok biskut yang saya 'restock' setiap hari sentiasa habis tanpa saya duga.

"Biskut ini adalah idea saya sendiri untuk mengisi masa lapang saya tetapi tanpa saya duga, biskut ini telah menjadi tarikan yang amat luar biasa yang saya amat tidak disangkakan," katanya.



Tambah Hidayah, arwah Abam pernah menyuarakan hasrat untuk menjalankan sebuah perniagaan namun terpaksa ditangguh disebabkan anak lelaki mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey masih kecil.

"Ketika arwah masih ada, dia pernah menyuarakan tentang perniagaan kecil-kecilan yang djalankan oleh saya sendiri.

"Cuma ketika itu, Hamzah masih kecil. Jadinya, kami tangguhkan dahulu perniagaan ini.

"Saya amat berterima kasih pada semua yang sentiasa sokong dan beri semangat pada saya terutamanya keluarga saya," katanya lagi.

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.

#Isteri Arwah Abam #Kasih Chocolate #Si Kasih
;