Aktor kacak Indonesia yang popular di Malaysia, Baim Wong berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Paula Verhoeven yang kini hamil anak kedua mereka.

Menerusi laman YouTube, Baim, 39, berkongsi berita gembira itu di saluran Mak Beti ketika Youtuber itu berkunjung ke kediaman mereka.

Di dalam video tersebut, pelakon itu memaklumkan usia kandungan isterinya sudah mencecah dua bulan selepas ditanya oleh Mak Beti mengenai jantina bayi mereka.



"Belum tahu (jantina). Baru sebulan dua bulan," katanya.

Di laman Instagram, ramai wargamaya memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan agar semua urusan berjalan lancar.

Alhamdulillah Kiano akan punya adik. Semoga sihat terus, lancar sampai bersalin nanti,” tulis seorang wargamaya.

Kencang, banyak anak banyak rezeki,” komen seorang wargamaya.

Semoga selamat ya Baim dan Paula,” kata seorang wargamaya.

Alhamdulillah semoga saya juga cepat cepat hamil,” luah seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Baim dan Paula berkahwin pada 22 November 2018.

Pasangan bahagia itu dikurniakan seorang anak lelaki, Kiano Tiger Wong yang kini berusia satu tahun.