Isteri kepada pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong, telah dijangkiti COVID 19 untuk kali kedua.

Paula Verhoeven yang merupakan seorang model dan pelakon hanya sedar dirinya sekali lagi postif COVID 19 setelah melakukan ujian swab pada 18 Mei lalu.

Dia dan Baim melakukan ujian swab untuk memastikan mereka sihat dan bebas COVID 19 sebelum berlepas ke Bali.

Khabar tersebut disampaikan Baim melalui tayangan di YouTube milik mereka baru baru ini.

"Kami bingung. Macam mana Paula boleh kena COVID 19 sehingga dua kali. Yang pertama kami tak tahu, yang kedua selepas swab ini tahu," jelas Baim Wong.

Lantaran itu, Baim dan Paula harus membatalkan semua perancangannya untuk bercuti ke Bali bersama sahabat baik mereka, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina.

Sementara itu Paula kini harus berpisah dengan suami dan anak mereka, Kiano Tiger Wong untuk menjalankan kuarantin kendiri di kediaman mereka.

Mereka hanya berkomunikasi melalui panggilan video biarpun masih tinggal serumah.

Dalam video yang sama, Paula dikatakan telah mengalami beberapa gejala ringan seperti pening kepala dan kesejukan sebelum disahkan positif. Dia juga menunjukkan hasil swab yang mengesahkan dirinya positif COVID 19.