Pelawak dan pelakon Abam Bocey mengakui susah untuk melawan nafsu yang ada pada dirinya.

Menurut Abam, selepas mendirikan rumah tangga pada 8 Disember lalu, isterinya, Nurhidayah Mohd Ali banyak membantu dirinya menyediakan makanan yang sihat dalam mengawal nafsu makanannya.

"Sepanjang bulan puasa ini saya masih teruskan mengawal nafsu makan dan menjalankan rutin pemakanan seperti biasa.

"Nak kawal makan tu tak susah tapi nafsu tu yang susah. Kita tengah diet tapi ada yang ajak makan macam-macam jadi saya mudah terpengaruh dengan orang luar.

"Saya bersyukur kerana isteri banyak membantu dalam menyediakan makanan yang berkhiasiat dan memantau cara pemakanan saya.

"Perjalanan saya masih jauh untuk menurunkan berat badan tapi saya berharap dapat turunkan berat sebanyak 67 kilogram selepas ini," katanya kepada Astro Gempak.

Abam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram