Hiburan

Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?

gempak
Kamaruddin Razal
20/05/2019
10:05 MYT
Sponsor Banner
Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?
Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam mendakwa suaminya curang ketika dirinya sedang hamil enam bulan.
Pendedahan terbabit dibuat oleh Nelissa menerusi sebuah entri terbaru di akaun Instagram miliknya.
Nelissa memuat naik foto alat penguji kehamilan bersama kapsyen panjang lebar.
"Ramadan ini menguji saya dalam cara yang tak pernah saya bayangkan untuk diuji. Malangnya, saya dapat tahu suami yang saya kahwini selama tiga tahun menipu saya ketika saya sedang enam bulan hamil zuriatnya.
"Apabila saya dapat mengetahuinya, saya rasakan seluruh dunia saya hancur dan saya takkan dapat menempuhnya.
"Saya berterima kasih kerana saya menjumpai kekuatan dalam diri saya menerusi sokongan keluarga rapat dan teman-teman yang membantu mengutip serpihan yang dia telah hancurkan.
"Saya tak pernah tahu saya berkahwin dengan seseorang yang mampu melakukan perbuatan yang tidak mempunyai hati dan perasaan itu. Tetapi saya percaya, semuanya berlaku ada sebab dan Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan.
"Walaupun Ramadan ini menjadi Ramadan yang paling mencabar untuk saya tempuhi, saya berterima kasih atas segala perkara yang mengajar saya dan akan terus memberikan pengajaran. Ia akan menjadi lebih baik, bermula dari sini, Insya-Allah #ibutunggal," tulis Nelissa.
Menerusi pemerhatian di di laman Instagram Nelissa, wanita itu telah memadamkan fotonya bersama Ammar.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Nelissa memohon agar wanita itu tabah menghadapi dugaan.
Buat masa ini, Ammar belum memberikan sebarang komen berkenaan dengan perkara ini.
Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kandungan ini merupakan kehamilan pertama Nelissa semenjak berkahwin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live