Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Isteri Doa Supaya Aliff Syukri Tak Buat Lagu Raya Lagi! - "Penat Kena Kecam, Nak Fokus Ibadah"

Syafiqah Jalal 02/08/2023 | 06:46 MYT
Isteri kepada usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berdoa agar suaminya tidak lagi mengeluarkan lagu raya pada tahun hadapan.

Menurut Shahida dia sudah penat menerima kecaman serta mahu fokus melakukan ibadah di bulan puasa.

"Saya bukan doa main main ye. Memang saya doa betul betul dengan penuh ikhlas dan penuh kyusuk agar penyanyi nombor 2 Malaysia @aliffsyukriterlajaklaris tidak akan keluarkan lagi lagu raya tahun depan.

"Penat lah asyik kena kecam masa bulan puasa. Kita ni nak fokus ibadah bulan puasa tapi bila dia buat lagu raya terganggu jugak lah fokus kita ni.

"Semoga apa yang saya hajatkan ini dimakbulkan," katanya.

Shahida yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid itu berkongsi luahan hatinya di akaun Instagram miliknya.

Meninjau menerusi ruangan komen di hantaran berkenaan rata-rata berharap agar doanya dimakbulkan.

"Semoga dimakbulkan doa isteri solehah buat suami tercinta," komen seorang pengguna laman sosial itu.

Sejak beberapa tahun lalu, Aliff dilihat tidak serik muncul dengan lagu dan muzik video sempena Syawal meskipun telah menerima pelbagai kecaman teruk daripada netizen.

;