HIBURAN
Isteri Fizo Omar Terkilan Kerap Dipersoalkan Mengenai Hamil Jarak Dekat - “Kenapa Mesti Soalan Begitu Datang Daripada Kaum Wanita?
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa terkilan apabila kerap dipersoalkan mengenai dirinya yang sering hamil jarak dekat.
Tak jaga sensitiviti
Fazeera menyifatkan pertanyaan tersebut seperti tidak menjaga sensitiviti dan perasaan ibu hamil malah, bertambah kecewa apabila soalan itu dilontarkan oleh kaum wanita sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘Throwback’ Foto Bersama Fizo Omar, Syukur Bakal Timang Bayi Keempat - “Dalam Masa 4 Tahun…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Persoal Hamil Jarak Dekat, Ini Jawapan Isteri Fizo Omar - “Berdosa Ke Saya Yang Sudah Bersuami Ini Mengandung?”
ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar Syukur Isteri Bakal Timang Anak Ketiga - “Ada Sinar Rezeki Di Setiap Cahaya Mata”
“Saya ingin pesan di sini, tolong jaga sensitiviti orang lain. Saya sering dihujani dengan soalan tak penat ke hamil, suami tak jaga peranakan ke, suami tak kisah kesihatan mental ke?
“Saya sangat kecewa dengan soalan-soalan sedemikian sampai tak tahu nak menjawabnya.
“Kenapa mesti soalan begitu datang daripada kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain jatuh?
“Jarang soalan begini diajukan oleh kaum lelaki. Tolong hormat keputusan orang lain,” katanya.
Fazeera berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok bagi membalas pertanyaan seorang pengguna media sosial yang bertanya ‘mengandung lagi, tak letih?’ kepadanya.
Tak beban
Jelas Fazeera lagi, kehamilan tidak langsung memberi beban terhadapnya, sebaliknya bersyukur dikurniakan zuriat yang ramai.
“Saya tak rasa yang mengandung ini memberikan saya satu beban dan memberi keletihan melampau.
“Saya tak pernah tunjuk diri saya menyesal beranak ramai dan ada anak yang rapat. Sebaliknya saya tunjuk kegembiraan dan syukur dalam media sosial.
“Saya langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana saya ada sokongan yang kuat,” ujarnya.
Februari lalu, Fizo memaklumkan isterinya kini sedang berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka sudah memiliki dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.
@iamfizoomar Replying to @Wendy82 ♬ original sound - Fizo Omar
Must-Watch Video